
Asnaf & Fakir Miskin Di Sabah Perlukan Perhatian Anda
Tahukah tuan puan... ada keluarga di Sabah yang terpaksa mencatu makanan, ikat perut, diuji dengan kemiskinan hidup... Kami di Kelab Kembara Sabah sendiri turun padang dan melihat keadaan mereka yang terkesan ini.
Ada yang mencari rezeki di pusat timbunan sampah dan mengharap ihsan dari orang yang peduli. Ada yang hidup hanya mengharap dari hasil memancing. Ada yang mengharap dari jualan kangkung untuk menyara kehidupan bersama anak anak mereka.
Keadaan yang serba dhaif ini bukan sahaja menghimpit mereka, malah hubungan kekeluargaan sesama mereka juga terkesan sehingga ibu terpaksa meninggalkan anak anak yang masih kecil demi mencari kehidupan yang lebih baik.
Mungkin kita tidak boleh mengubah kehidupan mereka, tapi kita boleh bantu ringankan beban mereka dengan sumbangan ikhlas yang kami usahakan ini.
video kami melawat mereka yg mencari rezeki di pusat timbunan sampah.
video kami menghantar bantuan bakul makanan pada seorang wanita yg tinggal sendirian di sebuah pondok
Sehingga hari ini, kami telah menemui lebih 1800 keluarga yang sangat terkesan kerana pendapatan yang rendah. Bukan sahaja mereka terkesan kerana kesan dari Covid-19, namun mereka sememangnya sudah hidup dalam kedhaifan.
Antara pesanan messenger yg kami terima setiap hari adalah...
8
Semoga sumbangan ikhlas anda dapat meringankan beban mereka yang kami temui. Kami yakin, anda peduli dan mahu membela nasib mereka walaupun hanya sekadar pampers dan susu untuk anak anak mereka.
Kelab Kembara Sabah adalah sebuah NGO yang berdaftar dengan ROS dengan nombor pendaftaran PPM020-12-22022019
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di
kelabkembarasabah@gmail.com
Berapa yang boleh anda sumbangkan?
Pihak kami menyediakan 3 pakej bagi memudahkan anda menyumbang kepada keluarga ini iaitu
Pakej A
Pampers + Susu 900gram + Bakul Makanan bernilai RM300
Pakej B
Pampers + Susu 900gram + Bakul Makanan bernilai RM150
Pakej C
Pampers + Susu 900gram + Bakul Makanan bernilai RM60